Rabu, 2 September 2009

Rumah UpayaDaya & Harapan AR-Rahman (RAUDAH)






Jaringan RAUDHAH sepanjang 10 tahun terlibat dalam menangani permasalahan sosial meletakkan harapan agar RAUDHAH dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi peluang kepada mereka yang insaf dan ingin pulang ke pangkal jalan iaitu fitrah (فطرة). RAUDHAH mempunyai penyertaan yang sangat terhad untuk setiap kemasukan. Anda atau keluarga yang memerlukan bantuan RAUDHAH dalam mencari jalan pulang diminta menghubungi sekretariat perhubungan berikut. Bagi mereka yang berhasrat memberi sumbangan amatlah dialu-alukan. RAUDHAH dan jaringan RAUDHAH juga menyediakan program latihan (LANDAS), kaunseling (percuma) dan program pendidikan dan kesedaran bagi pihak-pihak yang memerlukan. Kami juga memerlukan sukarelawan, tenaga pengajar (agama, akademik asas dan kemahiran hidup), aktivis dan kaunselor yang dapat membantu kami seadanya..

Semoga usaha kecil ini mendapat redha Allah..