Isnin, 1 Disember 2008

Amanah Buat Ku.. buat adik2 exco yang dkasihi…;-)



Takut betul aku… hairan betul aku… camne la aku boleh terpilih jadi exco ni… nak kata aku aktif sangat, tak juga… nak kata aku ni baik sangat, tak juga… dah la aku pn masih baru kenal PPM ni… Cuma ada la beberapa program yang aku join. Emm.. tu pun aku ikut-ikut kawan je… bantu member katakan… apa nama program tu.. gerai konvo? MBM? KASEH? Lagi apa ekk? Hai.. entah apa lah yang MT-MT ni pandang kat aku ni sampai boleh terpilih pula jadi exco PPMUSM. Pelik…pelik…

Sahabat2 ku sekalian, dulu mula-mula dilantik memegang jawatan dalam PPM persoalan-persoalan ini sering bermain di fikiran saya.. kadang-kadang kita rasa seperti dibebankan..seperti nak kene kan kita.. rasa macam nak lose dan jauh kan saja diri dari persatuan ini. Takut saja nanti sibuk dan membebankan diri. Takut saja nanti mengangu pelajaran pula.. Adik-adik ku..sesungguhnya Allah telah berfirman yang maksudnya :

dan orang-orang yang bermujahadah untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yangberbuat kebaikan.” (Al-Ankabuut : 69).

Pada awalnya mungkin kita buat kerja ini niatnya hanya untuk membantu kawan semata-mata..kesian kat kawan sorang-sorang.. Dan mungkin sifat belas kasihan kita itu..atas keikhlasn kita itu sebenarnya membuatkan Allah pilih kita untuk berada di sini. Membuka jalan untuk kita terus membuat kebaikan. Atau Mungkin juga tanpa kita sedar atau tidak sedar sebenarnya pernah terlintas di hati ini nak berubah sebenarnya.. nak cari seorang pembimbing sebenarnya.. nak jadi baik macam orang lain juga sebenarnya. Maka ingat lah sahabat2 ku sesungguhnya Allah itu Maha mengetauhi apa yang terlintas di hati kita. Dan Allah amat suka kepada hamba-hambanya yang berusaha untuk mendekatkan diri kepadanya. Sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis Qursi:

“Firman Allah : ‘jika seorang hamba mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta, dan jika mendekat kepadaKU sehasta, aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat (berlari).’ “(Bukhari).

Lihatlah sahabatku betapa Allah amat mengasihi dan inginkan kepada hamba-hambanya yang berusaha untuk mendekatkan diri kepadanya. Ingatlah sahabatku, kami (MT PPM) ini malah smua makhluk di dunia ini tidak mampu berbuat apa-apa tanpa izin dan kehendak dari Yang Maha Kuasa. Kami tidak mampu membuat apa-apa keputusan tanpa ilham atau kehendakNYA. Kami memohon kepada ALLAH SWT moga-moga keputusan yang telah kami persetujui bersama bukanlah semata-mata dari kehendak nafsu kami semata-mata, sebaliknya moga ianya adalah petunjuk dan ilham dari yang Maha memberi petunjuk, ALLAH SWT..moga pemilihan adik-adik exco smua dapat memperkukuhkan dan melancarkan lagi gerak kerja PPM dan seterusnya gerak kerja Islam..Insya’Allah.. tahniah dan terima kasih buat adik-adik exco smua…moga ukhwah dan silaturahim kita bersama dapat diperkukuhkan lagi kerana Allah..;-)