Sabtu, 30 Januari 2010

kes tembak guru qira'at






rumah mangsa tembak, Hj Kosim B Hj Mat Sum


ziarah Patani 24 Januari 2010

kedatangan kami ke rumah almarhum Hj kosim bin Hj Mat Sum di kampong Latoh, daerah Kolam, wilayah Patani di sambut oleh seorang lelaki tua berpakaian lengkap jubah putih berkopiah dengan penuh ramah dan senyuman mesra. Kami diperkenalkan kepada tuan punya rumah oleh lelaki tua tadi yang lebih selesa mengelarkan dirinya Tok ayah kepada kami. Tok ayah yang juga merupakan bapak mertua kepada mangsa tembak iaitu Hj Kosim bin Hj Mat Sum pada 10 Muharam 1430H di hadapan rumanya. Tok ayah menceritakan kembali kepada kali kejadian asal kes tembak tersebut. Sebelumnya Tok ayah menceritakan tentang peribadi mangsa kes tembak tersebut yang juga merupakan menantunya seorang yang sangat peramah dan sangat disenangi oleh jiran tentangganya serta peduduk setempat.

tok ayah tekun menceritakan kembali kepada kami detik kejadian tembak

Mangsa yang lebih dikenali sebagai syeh kerana bekerja membawa jemaah haji ke mekah baru sahaja 16 hari dirumah setelah pulang dari membawa jemaah haji ke mekah sebelum ditembak. Mangsa yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi juga telah dilantik sebagai imam di kampungnya. Disampin itu mangsa juga membuka kelas qira’at di rumahnya kepada anak kampong di sana secara percuma. Tok ayah menceritakan kembali kejadian sebelum syeh ditembak oleh orang yang tidak dikenali, lebih kurang dalam waktu maghrib selepas selesai mengajar qira’at di rumanya syeh menyambung membaca alquran secara sendirian. Setelah selesai membaca alquran syeh seterunya keluar dari rumah kerna mahu menghadiri kenduri arwah jirannya yang lebih kurang setengah kilometer dari rumahnya yang juga mati ditembak dua hari lepas merupakan bilal masjid kampungnya. Sebaik sahaja keluar dari pintu rumannya lebih kurang 2 meter syeh telah ditembah bertubi-tubi secara dekat. Tok ayah sempat menunjukkan kepada kami kesan peluru bedil yang telah ditampal kembali di dinding serta atap rumah mangsa. Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan yang parah akibat tusukan peluru yang bayak pada badan mangsa. Kata tok ayah waktu itu dia berada di rumahnya yang tidak jauh dari rumah mangsa, mendengar tembakan tersebut tok ayah mula merasa tak senang hari, beberapa minit kemudian datang seorang jiranya memberitahu menantunya telah ditembak di hadapan rumanya. Kata tok ayah lagi apa yang keluar dari mulutnya pada waktu itu hanyalah ucapan Alhamdulillah.. meremang seketika bulu roma saya mendengar ucapan tok ayah tadi. Namun memikirkan kembali isteri dan anak-anak mangsa yang merupakan cucuknya, tok ayah terasa sebak, kelihatan titisan jenih air mata mengalir dipipi tok ayah sewaktu dia menceritakan keadaan keluarga mangsa setelah kejadian tersebut. Mangsa yang meninggalkan lima orang anak dan seorang isteri yang masih sarat mengandung enam bulan sewaktu kami menziarahi mangsa.

anak bongsu magsa yang masih belum memulakan persekolahannya

Kini isteri mangsa iaitu Hjh Jewuhir Bt daud terpaksa berkerja membuat kuih untuk menyara kehidupan keluarganya. Kata tok ayah apa yang lebih membuatkan ia sebak dan sedih bila memikirkan pendidikan untuk cucu-cucunya itu. Terfikir saya seketika bagaimana keadaan keluarga mangsa nanti bilamana isterinya melahirkan anak nanti terpaksa berehat dan tidak dapat bekerja.

isteri mangsa yang sedang sarat mengandung enam bulan

Apa mereka hendak makan waktu itu, dengan keadaan tok ayah yang sudah tua dan tidak mampu lagi melakukan kerja berat sukar untuknya membantu keluarga mangsa..

kesan tembakan pada dinding dan bumbung rumah mangsa

Rabu, 6 Januari 2010

BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN ( KHUSUSNYA TEMAN2 PATTANI )

bersama teman-teman Pattani


Ujian itu bagaikan baja-baja kehidupan

Rasanya pahit, masin, masam, busuk dan tidak indah rupanya

Namun yakinlah…

Bunga-bunga itu pasti kan keluar dari pucuknya

Sangat cantik pada penglihatan

Harum baunya

Dan buah-buah itu kan ranum memasak

Enak dimakankan

Manis rasanya

Namun, temponya bukan pendek

Masanya bukan sekejap

Perlukan kerahan keringat yang kuat

Titisan peluh dan air mata yang banyak

Terkadang titisan darah yang menyakitkan

Namun kesabaran dan ketakqwaan kepadaNYA akan mengubati segalanya

Mengembalikan kekuat atas segala keletihan

Menghilang kehausan atas setiap titisan.

Mengubati kecederaan yang lampau

Yakinlah cahaya itu pasti kan terbit

Menyuburkan kembali sinar harapan kehidupan ini.