Isnin, 19 Januari 2009

Saja-saja....

Saja-saja….

Seronok juga hidup sbg seorang mahasiswa ni..sronok juga dapat merantau ke negeri orang ni..memang kegemaranku suka merantau dan mengembara..sronok jadi muda ni ..kenapa aku kata sronok sbb lbh kuat n bersemagat untuk merantau dan melaksanakan gerak kerja tanpa banyak halangan pada diri..namun tetap merindui ibu ayah di kampung..ibu ayah di kampung mesti cal aku bila bermula nye cuti semesta..tanya bila nk balik sbb anak orang lain yang masuk U juga smua dah balik kata nya..sbb aku slalu balik lewat bila cuti semesta bermula..tapi mereka tak pernah memarahiku o memaksaku untuk balik segera setelah dijelaskan kenapa aku terpaksa balik lewat..tambahan aku sudah biasa berjauhan dengan mereka dalam tempoh yang agak panjang terutama sewaktu aku mula memasuki matrik melaka dan kemudian ke USM..namun aku tahu perasa ibu ayah yang merindui ku..kadang-kadang membuat aku terasa sedih juga..namun aku bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan aku kedua ibu ayah yang memahami anak-anak nya..malah kadang-kadang mereka lah yang banyak memberi semagat kepadaku dalam gerak kerja ini..syukur kepada-MU ya Allah…terima kasih ibu ayah…

Seperti biasa bila cuti semester bermula maka bermula pengambaraanku di luar kampus..biasanya aku dan shbt2 akan menginap di rumah senior2 atau mana2 pejabat tempat gerak kerja kami..cuti kali ini aku dan sahabat2 di minta untuk membantu menguruskan program2 PUMPP..jadi kami tinggal lah di pejabat PUMPP sebagai tempat kerja dan rumah baru kami..kenapa aku kata rumah, sbb di situlah tempat makan, tido, dan berkemas kami..hidup yang sederhana dengan tido hanya beralaskan tikar sembahyang dan berbantankan lipatan sejadah je..zuhud sungguh hidup kita ni..kadang-kadang aku berjenaka dengan shbt2..beginilah kehidupan pejuang-pejuang..tambah shbt ln..huhu..rasa hebat pula bila bersama..kerja kami bukan susah pun, kadang-kadang hanya kene bantu bahagian publisiti program je..kali ni kene publisiti untuk program wacana islam..tugas kami adalah buat poster pastu edar flayes dan poster ke masjid2 dan surau2 untuk memaklumkan ttg program ni..sronok juga naik motor pusing sbahagian penang cari masjid untuk edar bahan publisiti ni..panas dan letih tak terasa sangat walaupun naik motor..muda lagi..

Kadang-kadang skali fikir sronok juga hidup camni..dengan kerja sebegini..namun ini hanyalah medan latihan bagi kami..sekadar untuk mencari pengalaman dan ilmu baru.. untuk persedian hari yang mendatang..bila di medan yang sebenar..cabarang yang lebih hebat..ujian yang lebih berat.. beban yang lebih besar.. dan tanggungjawab yang lebih banyak.. maka kelengkapan dan persediannya harus bermula dari sekarang.. InsyAllah..

Sabtu, 3 Januari 2009

seruan jihat kembali lagi...



61 tahun ummat islam palestin telah dan terus di zalimi dan dinafikan hak mereka di bumi mereka sendiri oleh musuh mereka dan musuh islam ( israel laknatullah ). kini israel dengan kezaliman tentera zionisnya kembali lagi bertidak ganas dan rakusnya terhadap saudara muslim kita di bumi palestin. Tidak kira anak kecil yang tidak brdosa mahupun golongan tua yang tidak berdaya semuanya menjadi sasaran bedilan roket dan kereta kebal tentera laknatullah ini. namun apa yang mampu kita ucapakan bila mana melihat semua ini dipaparkan oleh media-media adalah kesedihan..simpati..makian.. adakah cukup dengan itu..??..

ingan saudara muslim sekalian, Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( At-Taubah: 71)

malah Nabi SAW telah bersabda :
"tidak beriman seorang daripada kamu selagi ia tidak mengasihi saudara muslimnya sepertimana ia mengasi dirinya sendiri"( HAdis Bukhari)

oleh itu, andai kata kita mgatakan kita seorang muslim dan kita seorang yang beriman, maka tiada alasan lagi untuk mengatakan 'aku tidak terlibat dengan apa yang menimpa saudara muslim kita di bumi palestin sana'.

mungkin kita mgatakan kita tidak mampu utk mengankat senjata di medam peperangan bsama ummat islam palestin, tp kita mampu utk mengakat tangan mendoakn keselamatan dan kemenangan bagi mereka..mungkin kita mgatakan kita tidak mampu berdiri membawa panji-panji perjuangan ini bsama ummat islam palestin, tp kita mampu berdiri di hadapan Allah bermunajat memohon ptolonganNYA utk rakyat palestin..mungin kita mgatakan kita tidak mampu meyerang kubu2 musuh di tebing gaza, tp kita mampu utk membuat serangan ekonomi yg boleh melumpuhkan sumber bekalan senjata mereka(boikot brg israel)..

ayuh saudara muslim ku semua..mari kita bangkit mlakukan sesuatu mengikit kemampuan kita membantu saudara muslim kita di palestin sana agar bila mana Allah bertanyakan kepada kita apa yang kita perlakukan sewaktu saudara muslim kita ditindas oleh musuh mereka dan musuh Allah..kita ada jawapannya..insyallah..

sesungguhnya firman Allah itu benar :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan." ( Al-Anfal:72)

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.(At-Taubah:20)

moga kita semua tergolong dalam golongan yang telah Allah nyatakan dalam kita suciNYA (Al-Quran)..insyallah..