Saja-saja….
Seronok juga hidup sbg seorang mahasiswa ni..sronok juga dapat merantau ke negeri orang ni..memang kegemaranku suka merantau dan mengembara..sronok jadi muda ni ..kenapa aku kata sronok sbb lbh kuat n bersemagat untuk merantau dan melaksanakan gerak kerja tanpa banyak halangan pada diri..namun tetap merindui ibu ayah di kampung..ibu ayah di kampung mesti cal aku bila bermula nye cuti semesta..tanya bila nk balik sbb anak orang lain yang masuk U juga smua dah balik kata nya..sbb aku slalu balik lewat bila cuti semesta bermula..tapi mereka tak pernah memarahiku o memaksaku untuk balik segera setelah dijelaskan kenapa aku terpaksa balik lewat..tambahan aku sudah biasa berjauhan dengan mereka dalam tempoh yang agak panjang terutama sewaktu aku mula memasuki matrik melaka dan kemudian ke USM..namun aku tahu perasa ibu ayah yang merindui ku..kadang-kadang membuat aku terasa sedih juga..namun aku bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan aku kedua ibu ayah yang memahami anak-anak nya..malah kadang-kadang mereka lah yang banyak memberi semagat kepadaku dalam gerak kerja ini..syukur kepada-MU ya Allah…terima kasih ibu ayah…
Seperti biasa bila cuti semester bermula maka bermula pengambaraanku di luar kampus..biasanya aku dan shbt2 akan menginap di rumah senior2 atau mana2 pejabat tempat gerak kerja kami..cuti kali ini aku dan sahabat2 di minta untuk membantu menguruskan program2 PUMPP..jadi kami tinggal lah di pejabat PUMPP sebagai tempat kerja dan rumah baru kami..kenapa aku kata rumah, sbb di situlah tempat makan, tido, dan berkemas kami..hidup yang sederhana dengan tido hanya beralaskan tikar sembahyang dan berbantankan lipatan sejadah je..zuhud sungguh hidup kita ni..kadang-kadang aku berjenaka dengan shbt2..beginilah kehidupan pejuang-pejuang..tambah shbt ln..huhu..rasa hebat pula bila bersama..kerja kami bukan susah pun, kadang-kadang hanya kene bantu bahagian publisiti program je..kali ni kene publisiti untuk program wacana islam..tugas kami adalah buat poster pastu edar flayes dan poster ke masjid2 dan surau2 untuk memaklumkan ttg program ni..sronok juga naik motor pusing sbahagian penang cari masjid untuk edar bahan publisiti ni..panas dan letih tak terasa sangat walaupun naik motor..muda lagi..
Kadang-kadang skali fikir sronok juga hidup camni..dengan kerja sebegini..namun ini hanyalah medan latihan bagi kami..sekadar untuk mencari pengalaman dan ilmu baru.. untuk persedian hari yang mendatang..bila di medan yang sebenar..cabarang yang lebih hebat..ujian yang lebih berat.. beban yang lebih besar.. dan tanggungjawab yang lebih banyak.. maka kelengkapan dan persediannya harus bermula dari sekarang.. InsyAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan