Ahad, 1 November 2009

Jom Join Akademi Dakwah..

Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan program realiti sebenar dakwah di lapangan masyarakat pada 30 November 2009 hingga 13 Disember 2009. Selama 2 minggu ini, para peserta akan didedahkan tentang selok-belok dakwah di lapangan dengan menampilkan konsep dakwah yang lebih meluas serta kritikal.

Diberi nama Akademi Dakwah, program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti dakwah di lapangan secara terancang dan terfokus. Para peserta haruslah berumur di antara 19 hingga 30 tahun sahaja dan yuran yang dikenakan hanyalah RM70.00 sahaja.

Program ini akan diadakan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Bertemakan serangan pemikiran, kepenggunaan, alam sekitar, gejala sosial, masyarakat minoriti dan dakwah dalam penulisan, program ini akan memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam menghayati erti dakwah melalui pengisian oleh pakar-pakar dalam bidang dakwah yang disebutkan tadi.

Berikut merupakan sedikit penerangan tentang tema-tema dakwah dalam AD09:

Serangan Pemikiran

Melibatkan dakwah dalam mengislahkan kembali pemikiran masyarakat di Malaysia yang diserang secara halus terutamanya oleh dakyah sesat fahaman Islam Liberal. Para peserta akan didedahkan secara ekslusif tentang fahaman sesat Islam Liberal dan konsep-konsep pemikiran lain yang ternyata bertentangan dengan Islam. Pemikiran-pemikiran sebegini melambak di dalam kosmo hidup masyarakat sehingga ḥaqq (benar) dan baṭil (palsu) menjadi kabur di kacamata masyarakat Islam khususnya di Malaysia.

Kepenggunaan

Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi jumlah pembelian dan penggunaan barangan komersil dalam kategori negara membangun. Hal ini tidak dapat tidak akan mendedahkan pengguna Muslim terutamanya kepada barang-barangan yang tidak halal serta memudharatkan tubuh badan. Di samping itu juga, pelaburan dan pengaliran wang yang tidak selari dengan Syari‘ah menyebabkan keberkatan dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di Malaysia hilang secara tidak sedar. Pendedahan kepada dakwah kepengunaan akan memberi input yang sangat kritikal dan berguna kepada para peserta.

Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan ciptaan Allah SWT dan amanah kepada manusia di dunia untuk memelihara dan mengurus sumber bumi secara lestari berdasarkan prinsip-prinsip al-Qur’ān dan al-Sunnah. Kepincangan ma‘na pembangunan, kerakusan nafsu pemaju, kehilangan sifat prihatin masyarakat, kematian rasa kehambaan kepada Tuhan, antara faktor yang memungkinkan masyarakat tidak endah kerosakan alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka saban hari. Di dalam AD09, para peserta akan didedahkan tentang dakwah alam sekitar yang merupakan keperluan terpenting demi menyelamatkan kelestarian pengurusan pembangunan berasaskan konsep hamba dan khalifah.

Gejala Sosial

Jiwa remaja yang sering mencuba segala keseronokan menyebabkan berlakunya kepincangan akhlak yang mengheret mereka ke kancah kemaksiatan yang serius. Lambakan isu-isu semasa yang berkaitan dengan gejala sosial memberikan satu tamparan hebat kepada kesemua gerakan Islam di Malaysia dalam mempertahankan ‘Aqidah dan Syari‘ah masyarakat yang kian terhakis. Pendedahan langsung di lapangan masyarakat akan membuka mata para peserta dalam memahami dan menghayati punca utama kesuburan gejala sosial di Malaysia dan langkah terbaik dalam mempertahankan akhlak dalam diri setiap ahli masyarakat.

Masyarakat Minoriti

Masyarakat minoriti di Malaysia terutama masyarakat orang asli kurang dititikberatkan oleh gerakan dakwah akibat kos yang terlalu tinggi dan kemahiran dakwah yang konsisten di dalam situasi yang sangat mencabar. Pendakian bukit serta halangan lain antara pengalaman baru yang akan dirasai oleh para peserta dalam merealisasikan dakwah kepada masyarakat orang asli yang rata-ratanya adalah bukan Islam. Cabaran dan ujian yang bakal dihadapi oleh para peserta akan memberikan satu impak dan semangat dakwah yang kental dalam menyampaikan risalah kebenaran – warisan para Nabi dan Sahabat.

Dakwah Dalam Penulisan

Penulisan merupakan elemen dakwah yang paling penting. Penulisan akan kekal walaupun si penulisnya telah tiada. Keberkesanan penulisan dakwah dapat memberikan ruang dakwah yang optimum di samping penyebaran pengisian dakwah yang lebih meluas. Para peserta akan diajar untuk menghasilkan penulis yang lebih sistematik dan berkesan. Malah, para peserta akan diberi peluang untuk mempersembahkan penulisan masing-masing di dalam beberapa ruang penulisan semasa yang terpilih.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saudari Azwaahidah (019-5989382 / paspertama_86@yahoo.com.my) atau saudara Amir (013-7069509 / api_penang@yahoo.com.my) dengan segera. Tempat adalah terhad kepada 30 peserta terawal.

Sebarkan lampiran yang disertakan bersama-sama emel ini. Semoga dipermudahkanNya.



Enam Perkara Yang Merosakkan Hati.


Dari Hasan Basri: “ sesungguhnya kerosakan hati adalah berpunca dari enam perkara iaitu :-

1. Mereka yang melakukan dosa dengan harapan akan bertaubat

2. Mereka menuntut ilmu, tetapi tidak mahu mengamalkannya.

3. Apabila beramal mereka tidak ikhlas

4. Mereka makan rezeki dari Allah, tetapi tidak mahu bersyukur.

5. Mereka tidak ridha dengan pemberian Allah.

6. Mereka mengkebumikan orang-orang mati, tetapi tidak mahu mengambil iktibar.

Mari sama-sama bermuhasabah dan perhatikan diri kita agar terhindar daripada perkara yang dapat merosakkan hati ini insyallah.. Hanya Allah sebaik-baik pelindung..

Jumaat, 30 Oktober 2009

Mari Belajar Menjaga Lisan....


“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara).” [ Al Ahzab: 70].

Rasulullah SAW bersabda,

“siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam.” [ hadis Riwayat Bukhari dan Muslim].

Nabi Muhammad SAW termasuk oarng yang sangat jarang berbicara, tetapi setiap kali berbicara pasti kebenarannya. Setiap butir kata bagaikan untaian mutiara yang indah, berharga, bermakna dan monumental. Bahkan mampu menembu, mengegarkan, meghujam, dan memiliki daya ubah hingga menjadi kebaikan bagi sesiapa pun yang mendengarnya.

Mulut kita ini ibarat corong teko. Teko hanya akan mengeluarkan isi yang ada. Kalau di dalamnya air bersih maka yang keluarnya bersih. Kalau di dalamnya air kotor, maka yang keluarnya pun kotor. Kerananya bila kita ingin mengetahui derajat seseorang, lihatlah dari apa yang diucapkannya. Sebuah kitab mengisyaratkan tentang derajat orang dilihat dari perbicaraannya.

Pertama, orang yang berkualitas. Cirinya, jika berbicara sarat dengan hikmah, solusi, idea, gagasan, ilmu, atau zikir. Jika diajak berbincang apa pun kesudahannya selalu bermanfaat.

Kedua, orang yang biasa-biasa. Cirinya sibuk menceritakan peristiwa, hampir segala peristiwa dikomentari. Tidak terlarang menceritakan peristiwa, tapi renungkanlah ada manfaatnya atau tidak.

Ketiga, orang yang rendahan. Cirinya selalu mengeluh, mencela, atau menghina. Keempat, orang yang dangkal. Cirinya sibuk menyebut-nyebut amal, jasa, dan kebaikannya. Orang seperti ini ibarat gelas kosong yang inginnya diisi terus. Orang yang kosong dari harga diri, inginnya dihargai terus.

Bagaimana halnya orang yang suka bergosip? Bergosip sepertinya merupakan hal yang umum, padahal itu termasuk dosa besar dan tak akan diampunkan Allah sebelum dimaafkan oleh orang yang digosipi. Gosip adalah menceritakan keburukan orang lain yang bila didengarnya akan menyakitkan hati.

Bila keburukan yang diceritakan itu benar maka itu adalah ghibah yang dosanya sama memakan bangkai saudaranya sendiri. Tapi bila yang dibicarakannya itu ternyata salah, maka itu adalah fitnah yang dosanya lebih keji daripada membunuh. Oleh itu, jangan sesekali mahu cuba terlibat dalam perbicaraan tentang keburukan orang lain, kerana boleh jadi kita menfitnah orang tanpa kita sedar.

Bagaimana menghadapi orang yang tak mampu menjaga lidahnya? Kita tak mampu memaksa orang lain untuk bersikap sesuai dengan keinginan kita, tapi kita mampu memaksa diri kita untuk memberikan sikap terbaik terhadap orang lain.

Dengarlah perbicaraan orang lain sepanjang dalam kebenaran, tapi bila yang dibicarakan kebatilan, maka kita harus menolong orang yang berbuat zalim dan dizalimi. Kita harus berani mempersingkat perbicaraan, memberhenti, atau meninggalkannya. Syukur kalau kita mampu memberi contoh bagaimana cara berbicara yang baik dan memberi ilmu bagaimana menjaga lisan. Yang pasti jangan dihina, direndahkan atau diremehkan, sebab kita mampu menjaga lisan punkerana pertolongan dan taufik Allah jua, hingga kita adalah berhutang kepada orang2 yang belum baik lisannya.

Bagaimana pula bila ada orang yang rajin membaca Alquran, tapi lisannya tak terjaga? Kita jangan terlalu mudah menilai orang lain, sebaiknya kita husnudzan dulu. Mungkin ia sedang berusaha keras menjaga lisannya, tetapi belum mencapai hasil yang diharapkan. Ada orang yang lahir di lingkungan yang buruk sekali sedemikian rupa hingga, walaupun ia banyak belajar ilmu agama dan sudah berusaha untuk berubah, pengaruh masa lalunya masih kuat sekali. Orang ini perlu perjuangan yang lebih gigih daripada orang2 yang lahir dalam lingkungan yang baik.

Tidak pernah seseorang terampil menjaga lisannya kecuali dengan ilmu dan kesungguhan melatih diri. Percayalah, makin banyak bicara, makin banyak peluang tergelincir lidah. Dan kalau tergelincir lidah, selain berdosa juga kehormatan kita akan runtuh. Tapi orang yang banyak bicara tak selalu berarti buruk. Yang buruk itu adalah orang banyak membicarakan kebatilan. Para guru, ustaz, atau pensyarah justru mampu jadi masalah jika tak berbicara pula..

Moga Allah sentiasa memelihara lidah kita daripada berkata-kata perkara yang batil..insyallah

Wallahu a’lam..

RUJUKAN : Menjemput Rezeki Dengan Berkah