Ahad, 11 Oktober 2009

Agar Mendapat Pertolongan Allah...


Ketika harga diri telah dijadikan salah satu kata kunci utama hidup seorang Muslim di tengah-tengah pergaulan manusia yang lalai dan diperkudakan hawa nasfu, semoga Allah menakdirkan kita menjadi bukti kemuliaan Islam. Sesiapa pun yang dianugerahkan kurniaan ini, nescaya tidak akan merasa kecewa dan pututs asa menghadapi kehidupan dunia. Betapa tidak! Pertolongan-NYA yang sangat mengesan akan sentiasa tercurah kepada kita, diminta ataupun tidak. Terutama dalam usaha kita melakukan kerja dakwah menyeru manusia kejalan-NYA serta mencegah manusia menginkari-NYA sudah pasti kita amat2 memerlukan pertolongan dari-NYA.

Sekiranya kita tidak yakin bahawa Allah SWT akan menolong kita yang ingin melakukan amal kebaikan serta menolong menegakkan agama-NYA, nescaya akan dengan mudah. Bahkan mungkin penuh kesadaran menukar harga diri, komitmen, masa, harta dan tenaga untuk mengerjakan perkara lain yang tidak memberikan apa-apa nilai sedikitpun disisi-NYA. Kita akan berasa lebih selesa berada dalam majlis-majlis melalaikan, bergaul bebas tanpa menpedulikan batas-batas agama, malah sedikitpun tidak belas ehsan pada saudara muslim kita yang ditimpa musibbah serta kesengsaraan disemerata dunia. Padahal, bukankah barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan ummat islam, maka dia bukanlah dikalangan mereka.

Hendaklah kita mula bercita-cita menjadi orang yang selalu rindu pertolongan Allah. Biarlah Dia yang mengatur segalanya bagi kita. Biarlah kita menjadi sebahagian dari rencana dan stategi-NYA. Kerana dengan begitu, kita akan menjadi orang yang sedia meraih kejayaan dalam bidang apapun yang dapat mendatangkan kemaslahatan, sekaligus derajat kemulian kita akan terpelihara dan bahkan makin meningkat. Mahu berdakwah, melanjutkan pengajian, menempuh ujian, mencari pekerjaan, atau melakukan apa saja yang diredhai-NYA sudah pasti akan mjadi mudah dan lancar bila hadirnya pertolongan dari-NYA.

Kita tidak dapat mejangka apa yang akan terjadi besok atau lusa. Kita tidak tahu persaingan seberat apa yang akan dihadapi. Kita tidak tahu penipu mana yang akan menganiayai kita. Akan tetapi, kalau Allah berkehendak menolong kita, maka Dia Maha tahu segala-gala. Sekali-kali tidak akan terhalang karunian dan pertolongan-NYA walaupn bergabung seluruh jin dan manusia untuk menghalanginya.

Jadi, kalau ada yang kita harus lakukan sekarang adalah mencari pertolongan Allah, dengan cara berjuang sekuat-kuatnya agar kita menjadi orang yang layak ditolong oleh-NYA.

Sepertima firman Allah SWT :

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

(Muhammmad : 7)

Namun bukan suatu perkara yang mudah dan selesa dalam melakukan kerja-kerja agama Allah. Sudah pasti pelbagai ujian dan halanagn sedia menanti untuk dihadapi.

Sepertimana firman Allah SWT :

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan dating pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.” ( Al-Baqarah: 214)

Oleh itu marilah sama2 kita ikhlaskan niat kita setulus-tulusnya hanya kepada Allah SWT dalam apa jua kerja buat kita agar pertolongan Allah sentiasa bersama kita Insyallah…

Tiada ulasan: