Rabu, 21 Oktober 2009

Bersangaka baik dengan Allah..

Seringkali kita bertanya mengapa Allah memberi sakit, kesusahan dan berbagai musibah? Bahkan kita juga sering bertanya mengapa tak sedikit orang yang rajin beribadat tapi tetap terkena musibah?

Teman-teman cuba teliti betul-betul.. tak ada keburukan yang melainkan terkandungnya kebaikan di dalamnya. Keburukan yang ditimpakan kepada kita pasti ada kebaikan di dalamnya.

Ketidaksabaran dan ketidakmampuan kita memahami hikmahlah yang selalunya membuat seolah kejadian itu buruk. Dengan kedalaman iman kita dapat menembusi keyakinan bahawa tak ada keburukan yang tak mengandungi kebaikan.

Ambil contoh, seorang anak mahu belajar basikal, seawal permulaannya pasti ia selalu terjatuh dan terluka. Bukankah jatuh dan terluka itu satu keburukan.? Namun disebabkan jatuh dan terluka itu jugalah si anak mula pandai mengayuh basikannya sendiri bukan. Disakiti untuk kebaikan tetap kebaikan.

Kerana itu, janganlah kita menjadi sengsara kerana bencana yang menimpa hingga menyangka bahawa Allah tak sayang pada kita. Bila terjadi sesuatu kepada kita yang tampaknya seperti keburukan, maka ingatlah bahawa Allah sentiasa berniat berbuat baik kepada hamba-NYA. Aneka cobaan dan masalah dalam hidup ini sesungguhnya merupakan kesih sayang Allah untuk keselamatan kita.

Hikmah utamanya kita tidak boleh su’udzon dibalik sehebat apa pun masalah yang menimpa kerana pasti tersimpan niat baik dari Allah untuk kita dan pasti tersimpan kebaikan-kebaikan yang terkandung dalam setiap kejadian yang kita aggap buruk.

Hikmah lainnya adalah kita harus tiru sifat kasih sayang Allah ini. seorang muslim yang mengikut sifat kasih sayang Allah akan peka terhadap orang-orang di sekitar yang berada dalam kesulitan. Dia terus bersedia menolong sesiapa yang memerlukan dengan menyediakan diri dan hartanya dengan segenap kemampuannya.

Jika tak mampu menolong, maka dia berusaha menjadi pemudahcara untuk menjadi perantara pertolongan. Jika itu pun tak berdaya dilakukan, maka berempati dengan menjadikan dirinya sebagai tempat curahan hati yang boleh mengurangkan bebanannya. Jika itupun tak sanggup maka dia berdoa di balik kegelapan malam tanpa sepengetahuan siapa pun kerana dia sangat menrindui orang lain terlepas dari kemalangannya.

Inilah sebenarnya karakter seorang muslim, selalu berfikir bagaimana menolong sesame dan melepaskan kemalangan oaring lain. Jika hal ini ada pada diri kita, kita akan hidup penuh dengan kebahagian, bukan kerana mendapat pertolongan, tapi kerna kita dapat memberi pertolongan kepada orang lain. Wallahua’lam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya blog ini hidup .. (hee)

Tanpa Nama berkata...

yeay.....
setuju dgn tanpa nama .....