Selasa, 27 Oktober 2009

Peliharalah Pandangan mu...

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” [ An Nur : 30]

Rasulullah SAW bersabda, “ Pandangan mata (berlebihan) adalah sebahagian dari panahan iblis laknatullahi. Barang siapa yang meninggalkan pandangan seperti itu kerana takut kepada Allah, maka Allah Azza wa Jalla akan memberikan keimanan kepadanya dan menambahkan manisnya iman ke dalam hatinya.” [Al Hadits Riwayat Imam Al Hakim]

Tidak dinafikan bukanlah satu perkara yang mudah untuk memelihara pandangan takkala dunia mempertontongkan banyak perkara-perkara yang melalaikan pandangan mata. Namun, Rasulullah SAW tak pernah terpukau kepada dunia ini kerana beliau telah merasakan kenikmatan tersendiri dengan mencintai Allah. Cinta kepada Allah tak akan pernah bersatu dengan hati yang diterkam dan dibelenggu oleh syahwat, di antaranya adalah akibat dari pandangan yang tak terjaga. Menjaga pandangan merupakan salah satu usaha menhidupkan hati kita. Kalau ada yang bertanya mengapa solat kita tak khusyuk, mengapa munajat tak nikmat, mengapa hati terasa gersang, resah, dan gelisah, salah satu penyebatnya adalah kerana kita tidak bersungguh-sungguh menjaga pandangan.

Nabi Muhammad SAW yang mulia adalah orang yang sangat menjaga pandangannya dari apapun melihat perkara yang tidak disukai dan dilaknat oleh Allah. Pandangan harus dijaga terhadap beberapa hal.

Pertama, tahanlah pandangan dari melihat lawan jenis yang tak halal. Rasulullah Saw selalu menjaga pandangan dari melihat lawan jenis dan tak pernah menyentuh wanita yang bukan mahrimnya.

Akibat melihat tanyangan yang membangkitkan syahwat, banyak orang yang terjerumus dalam zina. Kerana zina awalnya dari mata, kemudian timbul keinginan yang kalau tidak mampu menahan diri, maka terjadilah zina. Kerana firman Allah:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” [ Al Isra’ : 32]

Orang yang tidak berusaha menjaga pandangannya, maka bersiap-siaplah diperbudakkan dan dicekam oleh keinginannya.

Kedua, pandangan juga harus dijaga dari melihat barang-barang duniawi. Misalnya kita yang sudah mempunyai henset atau pakainya yang sudah cukup sempurna dan bagus, tapi masih senang berkunjung ke kedai telefon atau pasar raya, akhirnya timbul keinginan membeli lagi terutama dengan fesyen, jenama dan jenis terbaru. Keinginan dan kehendak melebihi keperluan. Setiap saat akan teringat, malah dibawa-bawa sampai kedalam solat, akibatnya solat juga mula tidak khusyuk kerana teringat-ingatkan apa yang dilihat tadi.

Bagaimana mahu menjaga pandangan? Pertama, kita harus sedar risiko. Kalau kita sedar bahawa nikmat iman mampu hilang kerana tak menjaga mata, maka kita akan lebih disiplin untuk menjaganya.

Kedua, cubalah perbanyakkan membaca Alquran. Ketiga, lihat dan kenanglah keindahan ciptaan Allah. Buya Hamka pernah berkata, Tidakkah kau lihat langit biru dengan awan berarak seputih kapas, disulam oleh burung2, amatlah indah. Atau taman bunga yang merekah beraneka warna dengan harum semerbak, eramat indah. Atau kau dengar suara jangkrit bersahutan, teramat indah. Mengapa hati yang satu-satu ini harus kita isi dengan kebusukan.

Bagaimana menjaga pandangan di dewan kuliah, di tempat kerja atau di tempat yang harus berinteraksi dengan lawan jenis? Berlindunglah kepada Allah. Ingatlah bahawa pandangan pertama itu rahmat, sedangkan pandangan selanjutnya itu laknat. Digalakkan beristirfa atau memohon perlindugan dan keampunan Allah takkala terlihat perkara yang tidak baik.

Mudah-mudahan lambat laun akan timbul kesedaran seluruh lapisan masyarakat untuk menjaga diri dalam menjaga pandangan. Juga kesedaran dari para Muslimah untuk menjaga diri agar jangan sampai membuat orang lain tergelincir.

Ingat ilmu itu sesuatu yang bersih dan bercahaya dan akan mudah untuk memasuki jiwa2 dan hati2 yang bersih dan bercahaya. maka peliharalah hati agar sentiasa bersih dan bercahaya dengan memelihara dan menjaga pandangan kita. Peringatan dekat2 nak exam ni…

Tiada tuhan selain Engkau yang menitipkan mata pada kami, amat mudah bagi-Mu mengambilnya. Kurniakan kepada kami kesungguhan mensyukurinya. Ampuni jikalau mata karunia-Mu ini kami gunakan untuk menyaksikan yang Engau haramkan.

Rabb, jadikan mata kami menjadi mata yang terpesona pada keangungan dan kebesaran-Mu dan terpelihara dari apapun yang Engkau haramkan. Jangan biarkan persona dunia memperbudakkan kami.

Ya Allah, izinkanmata titikan-Mu ini agar dapat bertanggungjawab dihadapan-Mu dan dapat menatap-Mu di akhirat kelak. Amen..

Wallahu a’lam..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keep up writing syeikh!! for your anak buah ..insyaALLAH.

=)

mohd saiful afindi b sulaiman berkata...

insyALLAH...
Syukran...