Jumaat, 27 Ogos 2010

Sabar..



Jenis-jenis Sabar..

1. Sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT

2. Sabar dalam menghadapi musibah

3. Sabar dalam berhadapan dengan kemaksiatan.

Isnin, 15 Mac 2010

Bengkel Pembangunan Jiwa dan Bahasa Pelajar Pondok Di Patani.


anak-anak pattani yang dahagakan ilmu..

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi..

Kami memerlukan seramai 10 orang untuk menjadi sukarelawan sebagai fasilitator untuk bengkel bahasa pelajar pondok..
tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat...


nama sekolah :
Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Sekolah Pondok Haji Harun)
tempat :
Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala

Tarikh :
27/5/2010 hingga 29/5/2010

kemudahan :
penginapan dan makan minum insyallah akan disediakan seadanya

anda berminat?
saudara Mohd Saiful Afindi Sulaiman 019-4131472



sila beri
1) nama penuh anda,
2) nombor telefon dan emil

semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan memberi ruang untuk kita melibatkan diri dalam kerja-kerja amal...

*******************************************************************
sedikit catatan (MESTI BACA) :


sekolah pondok haji Harun ini merupakan sebuah sekolah aliran agama dan akademik.. sekolah ini terletak di Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala.


sesi pagi fokus akademik manakala sesi petang fokus agama. terdapat empat kuliah iaitu kuliyah bahasa arab, syariah, tarbiyah dan usuluddin.

jumlah pelajar kuliah ini adalah lebih kurang 600 orang.
di sini juga terdapat sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6. sekolah ini mempunyai lebih 500 orang guru. sebelum ini sekolah ini pernah mempunyai lebih kurang 8000 orang pelajar. kini pelajarnya cuma 5500 berikutan pergolakan yang berlaku di selatan thai.

*******************
Anda ingin menyumbang???

Untuk bantuan sumbangan kewangan boleh disalurkan boleh di salurkan atas nama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam : 7043011013136. Diharapkan Tuan dapat memaklumkan jumlah derma kepada pihak kami untuk tujuan rekod.

kami memerlukan dana untuk membantu menyediakan:

1)penyelenggaraan program dan bengkel pendidikan anak-anak konflik Selatan Thai
2)menyediakan kemudahan pendidikan kepada mangsa konflik Selatan Thai.
sumbangan juga boleh disalurkan dalam bentuk material ke alamat:
Aman Patani(AMANI)
d/a Serambi Dakwah,
2912, Jalan Perai,
Taman Inderawasih,
13600 Pulau Pinang.


catatan : kepada mereka yang mahukan iklan promosi melalui sms untuk disebarkan, sila hubungi saudari nur khalilah rasyidah di 019-4737645

moga Allah mengetuk pintu hati kita untuk sama-sama berjuang susah senang bersama.... amin..

Selasa, 9 Februari 2010

Kempen Menentang Toghrut. !

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" [ Al-Israa': 32]

kempen besar-besaran menghancurkan perancangan toghrut membawa ummat manusia melakukan kemaksiatan dan mengundang murka Allah SWT...





Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa dan tidak dapat tidak, Hari Kekasih dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita. Oleh demikian satu tindakan tegas dan kesedaran harus diberikan kepada seluruh ummat muslim terutama generasi muda tentang bahaya dan padahnya daripada hari Valentine ini..



Sertai kami membenteras Gejala Sosial ‘Valentine Day’.

1) Sertai latihan turun lapangan & pemetaan isu sosial dlm prog LANDAS; 13 – 14 Feb, B’worth. Hubungi Amir (013-7069509) utk mndftr, terhad 30 org shj.

2) Turun beramai2 mncegah isu sosial di mlm Valentine dgn pndktn dkwah kasih sayang dlm prog Ops Sayangi Remaja. Brkmpl di Msjd Kubang Boya, B’worth. 14 Feb jam 7mlm. Daftar di Msjd pd mlm trsbt.

SEBARKAN!

Sabtu, 30 Januari 2010

kes tembak guru qira'at






rumah mangsa tembak, Hj Kosim B Hj Mat Sum


ziarah Patani 24 Januari 2010

kedatangan kami ke rumah almarhum Hj kosim bin Hj Mat Sum di kampong Latoh, daerah Kolam, wilayah Patani di sambut oleh seorang lelaki tua berpakaian lengkap jubah putih berkopiah dengan penuh ramah dan senyuman mesra. Kami diperkenalkan kepada tuan punya rumah oleh lelaki tua tadi yang lebih selesa mengelarkan dirinya Tok ayah kepada kami. Tok ayah yang juga merupakan bapak mertua kepada mangsa tembak iaitu Hj Kosim bin Hj Mat Sum pada 10 Muharam 1430H di hadapan rumanya. Tok ayah menceritakan kembali kepada kali kejadian asal kes tembak tersebut. Sebelumnya Tok ayah menceritakan tentang peribadi mangsa kes tembak tersebut yang juga merupakan menantunya seorang yang sangat peramah dan sangat disenangi oleh jiran tentangganya serta peduduk setempat.

tok ayah tekun menceritakan kembali kepada kami detik kejadian tembak

Mangsa yang lebih dikenali sebagai syeh kerana bekerja membawa jemaah haji ke mekah baru sahaja 16 hari dirumah setelah pulang dari membawa jemaah haji ke mekah sebelum ditembak. Mangsa yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi juga telah dilantik sebagai imam di kampungnya. Disampin itu mangsa juga membuka kelas qira’at di rumahnya kepada anak kampong di sana secara percuma. Tok ayah menceritakan kembali kejadian sebelum syeh ditembak oleh orang yang tidak dikenali, lebih kurang dalam waktu maghrib selepas selesai mengajar qira’at di rumanya syeh menyambung membaca alquran secara sendirian. Setelah selesai membaca alquran syeh seterunya keluar dari rumah kerna mahu menghadiri kenduri arwah jirannya yang lebih kurang setengah kilometer dari rumahnya yang juga mati ditembak dua hari lepas merupakan bilal masjid kampungnya. Sebaik sahaja keluar dari pintu rumannya lebih kurang 2 meter syeh telah ditembah bertubi-tubi secara dekat. Tok ayah sempat menunjukkan kepada kami kesan peluru bedil yang telah ditampal kembali di dinding serta atap rumah mangsa. Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan yang parah akibat tusukan peluru yang bayak pada badan mangsa. Kata tok ayah waktu itu dia berada di rumahnya yang tidak jauh dari rumah mangsa, mendengar tembakan tersebut tok ayah mula merasa tak senang hari, beberapa minit kemudian datang seorang jiranya memberitahu menantunya telah ditembak di hadapan rumanya. Kata tok ayah lagi apa yang keluar dari mulutnya pada waktu itu hanyalah ucapan Alhamdulillah.. meremang seketika bulu roma saya mendengar ucapan tok ayah tadi. Namun memikirkan kembali isteri dan anak-anak mangsa yang merupakan cucuknya, tok ayah terasa sebak, kelihatan titisan jenih air mata mengalir dipipi tok ayah sewaktu dia menceritakan keadaan keluarga mangsa setelah kejadian tersebut. Mangsa yang meninggalkan lima orang anak dan seorang isteri yang masih sarat mengandung enam bulan sewaktu kami menziarahi mangsa.

anak bongsu magsa yang masih belum memulakan persekolahannya

Kini isteri mangsa iaitu Hjh Jewuhir Bt daud terpaksa berkerja membuat kuih untuk menyara kehidupan keluarganya. Kata tok ayah apa yang lebih membuatkan ia sebak dan sedih bila memikirkan pendidikan untuk cucu-cucunya itu. Terfikir saya seketika bagaimana keadaan keluarga mangsa nanti bilamana isterinya melahirkan anak nanti terpaksa berehat dan tidak dapat bekerja.

isteri mangsa yang sedang sarat mengandung enam bulan

Apa mereka hendak makan waktu itu, dengan keadaan tok ayah yang sudah tua dan tidak mampu lagi melakukan kerja berat sukar untuknya membantu keluarga mangsa..

kesan tembakan pada dinding dan bumbung rumah mangsa

Rabu, 6 Januari 2010

BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN ( KHUSUSNYA TEMAN2 PATTANI )

bersama teman-teman Pattani


Ujian itu bagaikan baja-baja kehidupan

Rasanya pahit, masin, masam, busuk dan tidak indah rupanya

Namun yakinlah…

Bunga-bunga itu pasti kan keluar dari pucuknya

Sangat cantik pada penglihatan

Harum baunya

Dan buah-buah itu kan ranum memasak

Enak dimakankan

Manis rasanya

Namun, temponya bukan pendek

Masanya bukan sekejap

Perlukan kerahan keringat yang kuat

Titisan peluh dan air mata yang banyak

Terkadang titisan darah yang menyakitkan

Namun kesabaran dan ketakqwaan kepadaNYA akan mengubati segalanya

Mengembalikan kekuat atas segala keletihan

Menghilang kehausan atas setiap titisan.

Mengubati kecederaan yang lampau

Yakinlah cahaya itu pasti kan terbit

Menyuburkan kembali sinar harapan kehidupan ini.


Khamis, 5 November 2009

Bersama Membantu Saudara Muslim Pattani...




pintu masuk MA'HAD AL-BI THAT AD-DINIAH(Pondok Haji Harun)

Ziarah ke pattani beberapa hari yang lepas telah mengetemukan kami dengan timbalan mudir sekolah MA’HAD AL-BI THAT AD-DINIAH ( Pondok Haji Harun) iaitu Tn. Haji Abdul Rahman. Sekolah ini terletah di wilayah Yala di bahagian Selatan Thailand. Sekolah ini merupakan sekolah aliran agama yang juga menekankan akademik. Di mana, sesi paginya lebih menfokuskan kepada akademik dan sesi petangnya lebih kepada agama. Pondok Haji Harun merupakan antara sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang teramai di Selatan Thailand, malah bagi saya yang teramai di Asia iaitu lebih 5,500 orang pelajar bedaftar di sini. Malah, bilangan pelajar sekolah ini pernah mencapai sehingga 10,000 orang pelajar pada satu ketika dahulu. Namun, akibat pergolakan dan krisis di Selatan Thailand jumlah pelajar di situ semakin berkurangan. terutama, apabila ramai guru-guru yang pernah mengajar di situ ditangkap, hilang tanpa dapat dikesan dan ditembak. Malah menurut kata timbalan mudir sekolah juga, kejadian seperti bom atau tembakan disekitar kawasan sekolah bagaikan suatu pekara biasa bagi guru-guru dan pelajar sekolah ini. Persekolahan tetap diteruskan seperti biasa walaupun kejadian pegeboman atau tembakan terjadi hanya berhampiran pagar sekolah. Namun, akibat daripada pelbagai peristiwa ini, sedikit sebanyak telah menjejaskan bilangan pelajar yang mendaftar di sekolah ini..


pelajar Pondok Haji Harun waktu perhimpunan pagi











Melihat kepada keadaan fikikal sekolahnya memang tidak logik untuk menempatkan pelajar seramai itu dan menurut guru yang mengajar juga memang bilangan bilik darjah sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar yang ada, jadi mereka terpaksa menempatkan pelajar dalam kuantiti yang semaksimum mungkin dalam satu-satu kelas. Dari pemerhatian saya juga, memang keadaan bangunan dan infrastrukturnya seperti bangunan sekolah dan kemudahan belajar agak daif. Malah masih ada bilik darjah yang hanyak berdindingkan jaring besi.

















bangunan bilik darjah

Namun semangat dan kesungguhan serta keikhlasan yang ditunjukkan oleh guru-guru di sana dalam usaha mendidik anak bangsa supaya berilmu untuk membela nasib agama, bangsa dan negara dan ketidak adilan dalam masyarakat amat tinggi sekali. Ditambah lagi kesedaran ibu bapa dan anak-anak yang melihat pendidikan adalah salah satu elemen penting untuk mengubah corak hidup dan taraf hidup mereka pada masa hadapan. Ini dijelaskan sendiri oleh guru yang mengajar di situ, ada pelajar yang tingga berpuluh-puluh batu dari sekolah berusaha untuk belajar di sini sehingga mereka terpaksa bertolak seawal sebelum subuh lagi ke sekolah. Malah ada pelajar di sekolah ini yang tidak mampu membayar yuran persekolahan juga masih diterima masuk. Ini termasuklah pelajar-pelajar yang ibu bapa mereka telah tiada( yatim piatu), ayah ditangkap, ayah ditembak, ayah hilang dan sebagainya menyebabkan sumber pendapatan keluarga tidak cukup untuk menampung keperluan persekolahan anak-anak. Kesungguhan dan keikhlasan pihak sekolah untuk memberikan pendidikan kepada anak bangsa mereka untuk terus maju dan kedepan amat jelas sekali.


rombongan kami bersama guru sekolah Pondok haji harun












Hasil perbincangan kami dengan Tn Haji Abdul Rahman telah memhasilkan beberapa cadangan untuk turut sama membantu pihak sekolah dalam menyediakan pendidikan kepada saudara muslim kita di pattani. Antaranya:

- Bengkel Pengajaran untuk Para guru dan Pelajar di sekolah tersebut untuk subjek Bahasa Melayu(BM) dan Bahasa Inggeris(BI).

- sumbangan keperluan asas pelajar seperti pakaian sekolah, beg sekolah, alatan belajar dan buku-buku yang boleh dimanfaatkan (bahan yang terpakai juga blh disumbangkan).

- sumbangan kewangan untuk menyediakan dana untuk membina dan meningkatkan kemudahan asas sekolah seperti bilik darjah, perpustakaan, pejabat dan sebagainya.

Bengekel pengajaran

-Kita memerlukan 10 orang (5 lelaki,5 perempuan) sukarelawan untuk mengajar bahasa melayu dan bahasa inggeris kepada para guru-guru dan pelajar di sekolah tersebut. keutamaan diberikan kepada bakal-bakal guru khususnya dalam pengajaran bidang BM dan BI.

-tempoh bengkel 3-4 minggu( masih dalam perbincangan)

-tarikh dalam bulan 3 atau 4 tahun 2010 ( masih dalam perbincangan tarikh spesifik)

-penempatan dan makan minum insyallah akan di sedikan sepanjang benkel

-gaji atau elaun masih dalam perbincgan( tapi kalu boleh yang bersedia untuk terima papa2 gaji atau elaun)

-boleh bagi respon untuk menjadi sukarelawan bengkel ini selewat-lewatnya hujun bulan 11.

-perjumpaan( meting) pertama untuk membincangkan secara detail berkenaan bengkel ini akan diadakan pada bulan 12 ini.

Sesiapa yang berminatan untuk menjadi sukarelawan untuk bengkel tersebut atau sumbangan keperluan sekolah boleh hubungi :

Mohd Saiful Afindi Sulaiman ( 0194131472/ saiful_pedang87@yahoo.com.my),

Nur Khalillah Rasyidah (0194737645/ kha_lillah@yahoo.com.sg)

Untuk bantun sumbangan kewangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam : 7043011013136. Diharapkan Tuan dapat memaklumkan jumlah derma kepada pihak kami untuk tujuan rekod.

Moga Allah merahmati dan memberkati jasa baik kita semua...

Mohd Saiful Afindi Sulaiman,
Timbalan pengerusi (I),
Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API),
Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP),
Pulau Pinang
.