Selasa, 3 November 2009

Belajar Memimpin Diri Sebelum Memimpin Orang Lain Agar Terpimpin Yang Dipimpin…


Ada adik bertanya layak ke saya nk jadi MT ni..? masih baru..masih muda macam mana nk pimpim yang dah lama ni..xpandai..xde pengalaman..bagaimana nk bagi arahan nanti…??

Nabi Muhammad SAW adalah seorang pemimpin yang benar-benar cemerlang peribadinya. Dibawah pimpinannya ada golongan bangsawan(orang kaya), rakyat biasa, serta hamba.. ada golongan tua, muda dan kanak-kanak.. ada golongan wanita dan laki-laki.. walaupun tidak mempunyai istana, tidak memakai mahkota, tidak memakai tanda jasa, juga tidak duduk di singgahsana, tapi tidak berkurang kemuliannya sampai detik ini. beliau adalah figure serta rule model pemimpin yang berjaya dan cemerlang dalam segala sisi, baik dalam memimpin rumah tangga, Negara mahupun umatnya. Memimpin apapun selalu sukses..

Dalam hadis, kullukum raa’in wa kullukum mas’ulun ‘an ra’iyyatih (setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanya tentang kepimpinannya).

Sebaik-baik pemimpian yang dipatuhi kerana dicintai. Pemimpin sejati tidak menyandarkan harta, jawatan dan kuasa, tetapi benar-benar memimpian dengan hatinya, kerana hati tidak mampu disentuh kecuali dengan hati.

Jika kita bercita-cita ingin memimpin umat dan masyarakat dengan baik, maka syarat pertamanya adalah harus mempunyai kemampuan memimpin diri sendiri ( memimpin hati dan tubuh). Hati dipimpin agar tidak sombong, ujub, riya’, dan dengki. Tubuh dipimpin agar mata, lisan, syahwat dan anggota tubuh lainnya tidak melakukan maksiat.

Bagaimana mahu memimpin umat jika mata yang dua saja kita tidak mampu. Banyak pemimpian yang jatuh kredibilitinya kerana berzina, jatuh kerana wanita, harta, pangkat atau sebaliknya. Ini terjadi kerana awalnya tidak mampu memimpin matanya.

Ada pemimpin tidak mampu memimpi lisannya dan sering tidak menepati janji. Ada pemimpin yang berbicara hingga menyebabkan orang bawahannya terasa terhina dan hilang semagat dan komitmennya.

Selain itu pemimpin yang baik harus mampu memimpin keinginannya untuk tidak memperkayakan diri dengan bermewah-mewahan, juga harus mampu memimpin emosi dan syahwatnya, kerana banyak pemimpin yang terpancing dengan nafsunya sendiri.

Setelah memimpin tubuh, yang paling utama adalah memimpin hati. Seorang pemimpin pantang pertamanya adalah sombong. Seorang pemimpin harus bertanya-tanya, “apakah saya ini sombong atau tidak?. Saya riya’ atau tidak?” Kalau orang terus berjuang memimpin hatinya untuk tidak menyombong diri, itu cirri pemimpin yang berakhlak mulia.

“Apakah saya ini orang yang ujub atau tidak?” ujub itu diantaranya adalah merasakan dirinya paling berjasa, padahal tidak ada satu pun yang paling hebat di dalam berpersatuan, jemaah atau pekerjaan kecuali kebersamaan diantara kita.

Pemimpin yang sentiasa menjaga hatinya untuk tidak sombong dan merendahkan diri orang lain(bahkan rindu akan nasihat dan pandangan), tidak menyombong diri, tidak dengki (bahkan senang melihat orang lain maju), insyallah ia aka nada dihati orang yang dipimpinnya. Orang-orang yang berada disekitarnya akan berasa aman, senang dan insyallah setiap saat akan selalu mendukungnya.

Itulah pemimpin yang insyallah mampu membangkitkan dan menggerakkan umat yang dipimpinnya menuju tujuan tanpa harus diancam atau diberi imbalan.

Jika seorang pemimpin sudah disukai dan dicintai, maka orang akan rela berbuat apapun untuknya. Pendek kata, kalu kita memimpin hati dan tubuh dengan baik, insyallah orang lain akan lebih mudah dipimpin. Kegagalan pemimpin adalah kalau gagal memimpin dirinya sendiri.

Semoga Allah SWt member kita kemampuan memimpin dengan baik insyallah..

wallahu a’lam bishshawaab..

Ahad, 1 November 2009

Jom Join Akademi Dakwah..

Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan program realiti sebenar dakwah di lapangan masyarakat pada 30 November 2009 hingga 13 Disember 2009. Selama 2 minggu ini, para peserta akan didedahkan tentang selok-belok dakwah di lapangan dengan menampilkan konsep dakwah yang lebih meluas serta kritikal.

Diberi nama Akademi Dakwah, program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti dakwah di lapangan secara terancang dan terfokus. Para peserta haruslah berumur di antara 19 hingga 30 tahun sahaja dan yuran yang dikenakan hanyalah RM70.00 sahaja.

Program ini akan diadakan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Bertemakan serangan pemikiran, kepenggunaan, alam sekitar, gejala sosial, masyarakat minoriti dan dakwah dalam penulisan, program ini akan memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam menghayati erti dakwah melalui pengisian oleh pakar-pakar dalam bidang dakwah yang disebutkan tadi.

Berikut merupakan sedikit penerangan tentang tema-tema dakwah dalam AD09:

Serangan Pemikiran

Melibatkan dakwah dalam mengislahkan kembali pemikiran masyarakat di Malaysia yang diserang secara halus terutamanya oleh dakyah sesat fahaman Islam Liberal. Para peserta akan didedahkan secara ekslusif tentang fahaman sesat Islam Liberal dan konsep-konsep pemikiran lain yang ternyata bertentangan dengan Islam. Pemikiran-pemikiran sebegini melambak di dalam kosmo hidup masyarakat sehingga ḥaqq (benar) dan baṭil (palsu) menjadi kabur di kacamata masyarakat Islam khususnya di Malaysia.

Kepenggunaan

Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi jumlah pembelian dan penggunaan barangan komersil dalam kategori negara membangun. Hal ini tidak dapat tidak akan mendedahkan pengguna Muslim terutamanya kepada barang-barangan yang tidak halal serta memudharatkan tubuh badan. Di samping itu juga, pelaburan dan pengaliran wang yang tidak selari dengan Syari‘ah menyebabkan keberkatan dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di Malaysia hilang secara tidak sedar. Pendedahan kepada dakwah kepengunaan akan memberi input yang sangat kritikal dan berguna kepada para peserta.

Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan ciptaan Allah SWT dan amanah kepada manusia di dunia untuk memelihara dan mengurus sumber bumi secara lestari berdasarkan prinsip-prinsip al-Qur’ān dan al-Sunnah. Kepincangan ma‘na pembangunan, kerakusan nafsu pemaju, kehilangan sifat prihatin masyarakat, kematian rasa kehambaan kepada Tuhan, antara faktor yang memungkinkan masyarakat tidak endah kerosakan alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka saban hari. Di dalam AD09, para peserta akan didedahkan tentang dakwah alam sekitar yang merupakan keperluan terpenting demi menyelamatkan kelestarian pengurusan pembangunan berasaskan konsep hamba dan khalifah.

Gejala Sosial

Jiwa remaja yang sering mencuba segala keseronokan menyebabkan berlakunya kepincangan akhlak yang mengheret mereka ke kancah kemaksiatan yang serius. Lambakan isu-isu semasa yang berkaitan dengan gejala sosial memberikan satu tamparan hebat kepada kesemua gerakan Islam di Malaysia dalam mempertahankan ‘Aqidah dan Syari‘ah masyarakat yang kian terhakis. Pendedahan langsung di lapangan masyarakat akan membuka mata para peserta dalam memahami dan menghayati punca utama kesuburan gejala sosial di Malaysia dan langkah terbaik dalam mempertahankan akhlak dalam diri setiap ahli masyarakat.

Masyarakat Minoriti

Masyarakat minoriti di Malaysia terutama masyarakat orang asli kurang dititikberatkan oleh gerakan dakwah akibat kos yang terlalu tinggi dan kemahiran dakwah yang konsisten di dalam situasi yang sangat mencabar. Pendakian bukit serta halangan lain antara pengalaman baru yang akan dirasai oleh para peserta dalam merealisasikan dakwah kepada masyarakat orang asli yang rata-ratanya adalah bukan Islam. Cabaran dan ujian yang bakal dihadapi oleh para peserta akan memberikan satu impak dan semangat dakwah yang kental dalam menyampaikan risalah kebenaran – warisan para Nabi dan Sahabat.

Dakwah Dalam Penulisan

Penulisan merupakan elemen dakwah yang paling penting. Penulisan akan kekal walaupun si penulisnya telah tiada. Keberkesanan penulisan dakwah dapat memberikan ruang dakwah yang optimum di samping penyebaran pengisian dakwah yang lebih meluas. Para peserta akan diajar untuk menghasilkan penulis yang lebih sistematik dan berkesan. Malah, para peserta akan diberi peluang untuk mempersembahkan penulisan masing-masing di dalam beberapa ruang penulisan semasa yang terpilih.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saudari Azwaahidah (019-5989382 / paspertama_86@yahoo.com.my) atau saudara Amir (013-7069509 / api_penang@yahoo.com.my) dengan segera. Tempat adalah terhad kepada 30 peserta terawal.

Sebarkan lampiran yang disertakan bersama-sama emel ini. Semoga dipermudahkanNya.



Enam Perkara Yang Merosakkan Hati.


Dari Hasan Basri: “ sesungguhnya kerosakan hati adalah berpunca dari enam perkara iaitu :-

1. Mereka yang melakukan dosa dengan harapan akan bertaubat

2. Mereka menuntut ilmu, tetapi tidak mahu mengamalkannya.

3. Apabila beramal mereka tidak ikhlas

4. Mereka makan rezeki dari Allah, tetapi tidak mahu bersyukur.

5. Mereka tidak ridha dengan pemberian Allah.

6. Mereka mengkebumikan orang-orang mati, tetapi tidak mahu mengambil iktibar.

Mari sama-sama bermuhasabah dan perhatikan diri kita agar terhindar daripada perkara yang dapat merosakkan hati ini insyallah.. Hanya Allah sebaik-baik pelindung..