Jumaat, 28 November 2008

REZEKI PAGI



REZEKI

PAGI


Kudengar beburung pagi berkicau

Keluar terbang mencari rezeki

Untukmenyuap seekor ulat

Ke mulut anak-anaknya

Dan ayam membuka reban

Mengajak anak-anaknya mencarik tanah

Mencari seekor semut

Untuk buat santapan

Dan itik berderek menuju ke bendang

Menyudu-nyudu air di kolam

Mencari anakpuyu dan haruan

Tembolok diisi kegirangan

Begitu makhluk tuhan

Memulakan pagi seribu ikhtiar

Teladan untukmu manusia

Jangan masih tidur berlengkar

Rujukan buku Duhai Anakku yang Tercinta

Tiada ulasan: