Jumaat, 28 November 2008

Si Rumah Tua



Di hujung sebuah kampung terletaklah sebuah rumah yang terpencil daripada rumah-rumah yang lain, rumah itu tidak begitu mewah dan besar tetapi amat bersih dan kemas halamannya serta perkakas di dalamnya. Seorang kanak-kanak lelaki yang sangat nakal amat suka bermain-main di halaman rumah itu, si kecil banyak mengisi masa lapang bermain-main di rumah itu, kadang-kadang kenakalan si kecil sering merosakkan keindahan halaman rumah, tetapi rumah tak pernah sesekali mengeluh atau merungut dengan kenakalan si anak kecil ini. Takkala hujan pun turun, si kecil berlari-lari mendapatkan perlindung di ambain rumah. Terus si rumah menjemput si kecil masuk ke dalamnya dan melayangnya dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut. Si kecil riang gembira bermain di dalam rumah kerana suasananya terasa lebih selamat dan selesa. Si rumah terus melihat gelagak si anak kecil. Terasa amat tenang dan gembira sekali hati si rumah dengan keceriaan si kecil. Si kecil amat menyukai si rumah dan lebih lagi perasaan kasih sayang si rumah terhadap si kecil..

Masa pun berlalu……
Kini Si kecil mula melangkah ke alam remaja. Masanya tidak lagi banyak dihabiskan untuk bermain-main di halaman atau di dalam rumah tersebut. Kini dia mempunyai ramai rakan sebaya yang sering mengajaknya berjalan-jalan dan berseronok di bandar. Suatu ketika si kecil datang kembali kepada rumah. Si rumah menyambutnya dengan penuh gilang gemilang dan pengharapan yang tinggi. Namun, si kecil datang dengan wajah yang sedih. “ Marilah bermain dengan ku wahai si kecil”, ajak si rumah dengan penuh kasih sayang ke pada si kecil. “Aku bukan lagi si kecil dulu, aku sudah remaja sekarang..aku tidak mahu lagi bermain dengan engkau..”, jawab si remaja dengan suara yang agak keras. Rumah terasa sedikit terguris dengan jawapan si kecil. “ Apa yang boleh aku bantu wahai anak remaja..”. rumah terus kuatkan hati bertanya kepada si remaja kerana tidak sanggup melihat kesedihan menyelubungi wajah si remaja. “aku perlukan duit untuk berjalan-jalan dengan kawan-kawan ku..”. dengan suara yang gelisah si remaja menjawab pertanyaan si rumah. Rumah amat berharap agar ia dapat berbuat sesuatu untuk membantu si remaja. “ jika begitu juallah sedikit perabot dan peralatan yang berada di dalam ku, mungkin engkau akan mendapat sedikit wang dengannya..”. rumah cuba menawarkan perkakasnya untuk menjadi korban kepada si remaja. Si remaja terus menyahut dengan gembiranya dan terus pergi meniggalkan rumah tersebut. Rumah terasa sedih sekali dengan tingkah laku remaja sekarang, namun amat gembira kerana dapat membantu si remaja.


Masa terus berlalu…..
Rumah terus ternanti-nanti kedatangan remaja untuk bermain-main bersamanya. Kerinduan rumah seakan-akan terubat apabila melihat bayang-bayang remaja menuju ke arahnya. Tiba-tiba muncullah seorang dewasa. Kali ini remaja dulu sudah meningkat dewasa. Si dewasa datang dengan wajah yang gembira. Si rumah terus menyambutnya dengan penuh keceriaan dan senyuman. “adakah kamu datang untuk bermain-main dengan ku lagi..?”. bertanya si rumah dengan lembut pada dewasa tersebut. “aku kini sudah dewasa, bukan lagi masanya untuk aku bermain-main dengan engkau, aku akan melanjukkan pelajaran ke IPTA..”. remaja menjawab dengan nada megah. “tahnialah, wahai si dewasa kini kamu sudah berjaya, belajarlah rajin-rajin ye..jangan lupa pada tuhan bila berada di tempat orang nanti..”. sedikit pesanan dari si rumah. Titisan-titisan air jernih mula mengalir dari wajah si rumah. Mungkin kerana terlalu gembira dengan perkhabaran yang dibawa oleh si dewasa tadi, walaupun amat terguris dengan cara si dewasa tadi. “kenapa wajahmu bersedih pula..?”. soal rumah kepada si dewasa bila memandang perubahan kesuraman tiba-tiba pada wajah si dewasa. “aku tidak mempunyai cukup wang untuk belajar di IPTA..bolehkah engau membantu ku..”, bertanya remaja dengan tegas. Rumah amat gembira sekali kerana dirinya tiba-tiba ditawarkan untuk membantu si dewasa. “apakah yang aku dapat lakukan untuk menolong si dewasa..??” bertanya rumah dalam hatinya. “wahai anak dewasa cubalah kamu lihat di dalam ku kalau-kalau masih ada barang yang mampu dijual untuk membantu mu..”. rumah sekali lagi menawarkan dirinya untuk menjadi korban si dewasa. Setelah si dewasa selesai mengangkut peralatan rumah yang berharga untuk dijual terus si dewasa meniggalkan rumah tanpa sebarang ucapan terima kasih. Sekali lagi terguris hati rumah dengan layanan si dewasa terhadap dirinya. Namun, si rumah tidak pernah sesekali mencemuh atau membenci si dewasa yang biadab itu.

Zaman berganti zaman…..
Di suatu hari yang suram, hujan yang awalnya renyai-renyai, turun dengan lebatnya. Seorang lelaki tua berlari terbongkok-terbongkok bersama tongkatnya ke arah sebuah rumah usang. “selamat ke untuk aku berlindung di dalam rumah yang hampir roboh ini..”. bertanya lelaki tua dalam hatinya. “rumah ini macam tiada orang tinggal je..bolehlah agaknya untuk aku bermalam di rumah ini untuk sehari dua”. Berbicara lelaki tua tadi seorang diri. Rumah tiba-tiba terjaga dengan percakapan lelaki tua tadi. Rumah seakan pernah mendengar suara yang berbicara tadi beberapa puluh tahun yang lepas. “ adakah saudara ini si anak kecil yang sering bermain-main di halaman ku ini dulu..”. bertanya rumah pada si tua tadi dengan suara yang berharap. “adakah engau ini si rumah yang selalu berkorban demi memenuhi kehendak hati ku dulu..”. bertanya si tua dengan nada yang agak terkejut. “ya, aku lah rumah itu, kini aku sudah tua..tiada lagi perkakas pada diriku yang masih berharga di mata manusia..”. rumah menguatkan hati untuk menjawab pertayan tadi. Setitik demi setitik aliran air jernih mengalir di wajah si rumah. “adakah kedatangan mu ke sini untuk mendapatkan bantuan daripada ku lagi..?”. rumah bertanya dengan penuh ke ikhlasan kepada si tua. “Tidak lagi wahai rumah, tapi kini aku datang untuk menghabiskan sisa-sisa hidupku bersama mu..kini aku juga telah disisihan oleh anak-anak ku..”. si tua terus menangis mengenangkan nasibnya kini. “Bersabarlah wahai si tua, mungkin nasib mu sama dengan nasibku, setelah khidmatan ku tidak diperlukan lagi, aku dibiarkan dan jasa ku sebelum ini tidak dikenang lagi..”. rumah cuba menenangkan si tua sambil merenugkan kehidupannya dulu. Kedua-dua terus menangis bersama-sama sambil memikirkan kemanakah sisa kehidupan masih ada ini hendak diteruskan..
Sebenarnya, si rumah tua itu diibaratkan seperti kedua ibu bapa kita yang tidak pernah mengeluh atau mengungkit segala pengorbana dan jasa yang telah dicurahkan kepada kita selama ini. Malahan, mereka sedaya upaya berusaha untuk memenuhi setiap kehendak hati kita demi melihat anak yang disayanginya ini tidak bersedih atau kecewa, sebaliknya terus membesar dalam suasana gembira. Namun bagaimana pula layanan kita terhadap mereka..?? mampukan kita sebagai seorang anak untuk membalas segala pengorbanan mereka..??sudah tentu jawapannya tidak sesekali..namun kita sering kali lupa dengan itu semua, jika diberi sedikit mahukan lebih, jika kehendak tidak dipenuhi merajuk la pula, jika ditegur dan dimarahi dikata benci pula.. adakah begitu sikap kita sbg seorang anak..?? ibu dan ayah tidak pernah membenci kita walaupun sudah banyak perkara yang kita lakukan menconting arang di muka mereka, namun marahnya mereka kerana kasih sayang mendalam terhadap kita..kerana tidak mahu si anak juga dicemuh oleh masyarakat, cukuplah mereka sahaja yang menanggungnya..
Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan cinta tanpa syarat.
Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.
Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat…

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)

Tiada ulasan: