Isnin, 16 Februari 2009

buat anak-anakku...


Duhai anakku tercinta…

Di kala kau sedang lena di perbaringan

Dibuai mimpi indah

Digigit dingin dinihari

Kutatap wajahmu

Berombak-ombak pipi montelmu

Lalu kau tersenyum

Seolah-olah menyapa kehadiranku

Kulihat kau persisi selembar kain putih

Yang terbentang untuk diwarnai

Hijau, kuning, biru atau merah

Demi Allah duhai anakku tercinta…

Kan kulukis kebesaran tauhid

Kucorak sunnah Rasulullah

Kulakar jalan lurus ilmu syariah

Kuadun warna-warna

Ilmu kemahiran hidup

Kuhiasi dengan ilmu hikmah

Untuk bekalanmu

Bermusafir di muka bumi Allah ini

Kerana kutahu

Rasul pernah bersabda:

“Anak-anak dilahirkan

Suci bersih. Ibu bapalah

Yang akan menjadikan ia

Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Lalu kubisik ke telinga kananmu

Duhai anakku tercinta…

Apabila kau besar nanti

Jadilah orang beriman

Hidup dengan cemerlang

Menjadi permata buat masyarakatmu

Menyinar cahaya

Di malam yang gelap gelita


Duhai Anakku yang Tercinta...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dapat mana sajak ni?? nukilan sendiri ke?? mantap2..

teruskan usaha dakwah ini.. sambil menulis sambil menyampai risalahNYa.

suka smua mt dah ada blog huhu.

mohd saiful afindi b sulaiman berkata...

xlh..sronok skrg ni dok bc ttg sajak nasihat utk ank2 jd rs ingin bkongsi jg bsama shbt2 smua..sajak bwh tu br olahan bdasarkn kenangan ms lalu n harapan ms hadapan..he2..
asalnya blog ini terbina utk assiment subjet school..tp tertarik bila mlihat blog shbt2 yg dguna sbg medan pkongsin ilmu n penyampainya risalah dakwah...jd blog ni diaktifkn blk utk tujuan tersebut jg..insyallah...
moga bermanfaat utk semua.. nasihat utk kita sbg anak2 n bakal pembentuk pendidik anak2 jg...insyallah..