Khamis, 5 November 2009

Bersama Membantu Saudara Muslim Pattani...




pintu masuk MA'HAD AL-BI THAT AD-DINIAH(Pondok Haji Harun)

Ziarah ke pattani beberapa hari yang lepas telah mengetemukan kami dengan timbalan mudir sekolah MA’HAD AL-BI THAT AD-DINIAH ( Pondok Haji Harun) iaitu Tn. Haji Abdul Rahman. Sekolah ini terletah di wilayah Yala di bahagian Selatan Thailand. Sekolah ini merupakan sekolah aliran agama yang juga menekankan akademik. Di mana, sesi paginya lebih menfokuskan kepada akademik dan sesi petangnya lebih kepada agama. Pondok Haji Harun merupakan antara sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang teramai di Selatan Thailand, malah bagi saya yang teramai di Asia iaitu lebih 5,500 orang pelajar bedaftar di sini. Malah, bilangan pelajar sekolah ini pernah mencapai sehingga 10,000 orang pelajar pada satu ketika dahulu. Namun, akibat pergolakan dan krisis di Selatan Thailand jumlah pelajar di situ semakin berkurangan. terutama, apabila ramai guru-guru yang pernah mengajar di situ ditangkap, hilang tanpa dapat dikesan dan ditembak. Malah menurut kata timbalan mudir sekolah juga, kejadian seperti bom atau tembakan disekitar kawasan sekolah bagaikan suatu pekara biasa bagi guru-guru dan pelajar sekolah ini. Persekolahan tetap diteruskan seperti biasa walaupun kejadian pegeboman atau tembakan terjadi hanya berhampiran pagar sekolah. Namun, akibat daripada pelbagai peristiwa ini, sedikit sebanyak telah menjejaskan bilangan pelajar yang mendaftar di sekolah ini..


pelajar Pondok Haji Harun waktu perhimpunan pagi











Melihat kepada keadaan fikikal sekolahnya memang tidak logik untuk menempatkan pelajar seramai itu dan menurut guru yang mengajar juga memang bilangan bilik darjah sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar yang ada, jadi mereka terpaksa menempatkan pelajar dalam kuantiti yang semaksimum mungkin dalam satu-satu kelas. Dari pemerhatian saya juga, memang keadaan bangunan dan infrastrukturnya seperti bangunan sekolah dan kemudahan belajar agak daif. Malah masih ada bilik darjah yang hanyak berdindingkan jaring besi.

















bangunan bilik darjah

Namun semangat dan kesungguhan serta keikhlasan yang ditunjukkan oleh guru-guru di sana dalam usaha mendidik anak bangsa supaya berilmu untuk membela nasib agama, bangsa dan negara dan ketidak adilan dalam masyarakat amat tinggi sekali. Ditambah lagi kesedaran ibu bapa dan anak-anak yang melihat pendidikan adalah salah satu elemen penting untuk mengubah corak hidup dan taraf hidup mereka pada masa hadapan. Ini dijelaskan sendiri oleh guru yang mengajar di situ, ada pelajar yang tingga berpuluh-puluh batu dari sekolah berusaha untuk belajar di sini sehingga mereka terpaksa bertolak seawal sebelum subuh lagi ke sekolah. Malah ada pelajar di sekolah ini yang tidak mampu membayar yuran persekolahan juga masih diterima masuk. Ini termasuklah pelajar-pelajar yang ibu bapa mereka telah tiada( yatim piatu), ayah ditangkap, ayah ditembak, ayah hilang dan sebagainya menyebabkan sumber pendapatan keluarga tidak cukup untuk menampung keperluan persekolahan anak-anak. Kesungguhan dan keikhlasan pihak sekolah untuk memberikan pendidikan kepada anak bangsa mereka untuk terus maju dan kedepan amat jelas sekali.


rombongan kami bersama guru sekolah Pondok haji harun












Hasil perbincangan kami dengan Tn Haji Abdul Rahman telah memhasilkan beberapa cadangan untuk turut sama membantu pihak sekolah dalam menyediakan pendidikan kepada saudara muslim kita di pattani. Antaranya:

- Bengkel Pengajaran untuk Para guru dan Pelajar di sekolah tersebut untuk subjek Bahasa Melayu(BM) dan Bahasa Inggeris(BI).

- sumbangan keperluan asas pelajar seperti pakaian sekolah, beg sekolah, alatan belajar dan buku-buku yang boleh dimanfaatkan (bahan yang terpakai juga blh disumbangkan).

- sumbangan kewangan untuk menyediakan dana untuk membina dan meningkatkan kemudahan asas sekolah seperti bilik darjah, perpustakaan, pejabat dan sebagainya.

Bengekel pengajaran

-Kita memerlukan 10 orang (5 lelaki,5 perempuan) sukarelawan untuk mengajar bahasa melayu dan bahasa inggeris kepada para guru-guru dan pelajar di sekolah tersebut. keutamaan diberikan kepada bakal-bakal guru khususnya dalam pengajaran bidang BM dan BI.

-tempoh bengkel 3-4 minggu( masih dalam perbincangan)

-tarikh dalam bulan 3 atau 4 tahun 2010 ( masih dalam perbincangan tarikh spesifik)

-penempatan dan makan minum insyallah akan di sedikan sepanjang benkel

-gaji atau elaun masih dalam perbincgan( tapi kalu boleh yang bersedia untuk terima papa2 gaji atau elaun)

-boleh bagi respon untuk menjadi sukarelawan bengkel ini selewat-lewatnya hujun bulan 11.

-perjumpaan( meting) pertama untuk membincangkan secara detail berkenaan bengkel ini akan diadakan pada bulan 12 ini.

Sesiapa yang berminatan untuk menjadi sukarelawan untuk bengkel tersebut atau sumbangan keperluan sekolah boleh hubungi :

Mohd Saiful Afindi Sulaiman ( 0194131472/ saiful_pedang87@yahoo.com.my),

Nur Khalillah Rasyidah (0194737645/ kha_lillah@yahoo.com.sg)

Untuk bantun sumbangan kewangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam : 7043011013136. Diharapkan Tuan dapat memaklumkan jumlah derma kepada pihak kami untuk tujuan rekod.

Moga Allah merahmati dan memberkati jasa baik kita semua...

Mohd Saiful Afindi Sulaiman,
Timbalan pengerusi (I),
Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API),
Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP),
Pulau Pinang
.


4 ulasan:

qamar_muneera berkata...

Salam ziarah. mohon copy untuk sebarkan

mohd saiful afindi b sulaiman berkata...

wsalam.. silakan insyallah.. syukran..

BaBbliNg BaR0nNESs berkata...

salam. weh, aku semangat ni nak jadi volunteer
(phm2 ye bahasa ape y aku nak ajar :P)
but only after final examlah..

mohd saiful afindi b sulaiman berkata...

are u sure..???(blaja ckp ore putih) nk p mgajar BI di pattani..? exam habis bila..? blh daftar insyallah..